Thursday, February 24, 2011

Manusia yg berfikiran luar biasa akhir zaman

Bahtera Nuh, Kini Terapong Di Rusia

Berapakah bayaran untuk bermalam disini yer...

Bahtera merangkap hotel

di bahagian bawah


siap ada taman didalamnye


struktur teknologi


 
KL 13 Jan 11: Bahtera Nuh baru, dikreatif dan dikembangkan oleh jurutera berasal dari Rusia. Di bahteranya diwujudkan hotel, dinamai "Ark Hotel". Bahtera berkonsep hotel ini, dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.
Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini dapat melayang di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam kondisi tersebut, hotel berbentuk cangkang ini juga dapat menyediakan energi bagi penghuninya sebab bahagian dalamnya ditanami pohon.
Selain mengatasi banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gempa. Menurut juruteranya rangka dan rekabentuk hotel itu mampu menyebarkan berat secara merata sehingga dapat menanggung penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi. Hotel ini juga memiliki panel suria dan penampung air hujan yang akan memberikan energi dan air secara alami.
Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan vegetasi tumbuhan yang selain memberikan kualiti udara yang baik juga dapat menjadi sumber bahan pangan. Eksterior hotel dibuat dari bahan transparan yang memastikan cukup cahaya. Kontrol intensif cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ruangan. Hotel ini dibangun oleh firma kejuruteraan Remistudio Rusia dan International Union of Architect.
Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibangun untuk menjawab cabaran masa kini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang independen."
Cabaran, diantaranya adalah keperluan pengamanan dan perlindungan dari efek perubahan iklim serta kondisi lingkungan yang ekstrim. Juga akan terjawab keperluan perlindungan dari aktiviti kerosakan manusia. Untuk membangun sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiensi dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam memproduksi oksigen. Atap yang transparan mebuat tanaman dapatkan cahaya yang cukup."
Ada kalangan menyebutkan, itulah ilham dari bahtera Nabi Nuh AS. (sumber dailymail.co.uk)

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL


9 rabiul awal, bersamaan 22 april 571 masehi lahirnya JUNJUNGAN KITA MUHAMMAD BIN ABDULLAH (S.A.W) membawa sinar ISLAM keseluruh alam...



Masjid Nabi, Masjid Nabawi diMadinah.....


Jabal Thur, didlm gua diatas bukit ini lah nabi Muhammad s.a.w dan sahabat Abu Bakar a.s. bersembunyi dari kafir mekah semasa baginda mau berhijrah ke Madinah 


Perkuburan para sahabat dan keluarga nabi di Madinah



Selawat dan puji2an untuk nabi MUHAMMAD S.A.W junjungan kita........

Thursday, February 10, 2011

GRANNY SITTER

Hahhaaa org baby sitter tapi dia granny sitter sebab kena jaga granny hehhee...
kisahnye minggu lepas cuti tahun baru cina ramai ler org kawen, dalam ramai2 tu hanya aku sorang jer yg tak der jemputan so ingat hati nok dok dumah diam2 sekali mak aku datang katanye jap lagi mertua kakak aku akan dihantar oleh cucunye untuk tinggal ngan aku sekejap sehingga diambil oleh bapa sedara derang lepas habis makan kenduri, kakak aku pulak kena bawak mak aku untuk makan kenduri ditiga kenduri berlainan kampung

bagi tok makan...
aper lauknye ye.. ikan kembung/tenggiri goreng, sayur lemak campur, nasi
emmm ini semuanye telah dibekalkan oleh cucu tok ni..

ini lah wajah tok itu, panjang umur org tue ni 90an lebih doh kot tapi masih leh makan sndiri lagi


 

tapi satu yang aku notice tok ni tertido jap pas boring bercakap ngan aku kot, tapi elok jer azan dia terus bangun nok g ambil air sembahyang nok solat... tu ler org yg dah biasa solat wlaupun telinga tak beraper dengar tapi bila azan jer automatic sedar...aku lupa lak nak snap waktu dia solat, rutin dia lepas solat lunch so aku prepare ler ape yg cucu dia bekalkan tapi cucu dia lupe lak cakap kat aku ikan tu kena cubit kecil2 letak kat tepi pinggan dia dah tok kena kabor kat aku tolong cubit ikan sikit2 mujur dia minta kalu idak lekat tulang tok ni makan.






Friday, February 4, 2011

TELUK CHEMPEDAK

Sepetang diteluk Chempedak, ada org wat lukisan wajah yg berharga RM10 selakar...
yang dipamerkan semuanye wajah2 yang dikenali di M'sia



dan selepas hujan maka pohon2 pun berguguran dan tinggallah pokok2 yang ketandusan dan kering layu..