Friday, June 24, 2011

BUNGA-BUNGA

"Melenggang dia berjalan sigadis ayu yg manja" .......
lirik lagu Rahimah Rahim (sori ler kalu lirik salah ye)

Tapi ni nok citer pagi tadi masuk ofis jer terus mataku tertumpu disituuu....
jeng..jeng...jengg


~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

ada satu jambangan bunga diatas CPU aku, terus aku wowww suke...suke..suke


ada tiga jambangan sebenornye, ada pink, biru and my orange


kita kasi close up sket, menarikkannn


ni budak hati ada banyak baikkkk, kasi jambangan bunga untuk kita 3org
(hahha sket punya senyum bila aku hala camera, terus kata mesti masuk blog)


ini kita 4 org.....masing2 bila hala camera terus masuk blog
senyum...senyum...senyum, sengal belaka kwn2 ku termasukleh aku hehhe



Rezeki dipagi jumaat, jambangan bunga setiap sorang... ok next sape lak nak bagi hadiah kat aku ni...leh masuk blog hehhe :-)

Wednesday, June 8, 2011

BERSIAR-SIAR DIPUTRAJAYA

Kata dah ada di Desa Putrajaya takan ler tak boleh gi ke Dataran Putrajaya lah kannnnnnnnn.... Mari kita bersiar2 di Putrajaya lepas bersarapan pagi di satu restoran diCyberJaya.


hahaha aku pun dah jadi cam pelancong2 lain doh, mesti berhenti kat jambatan ini tuk bergambo


kami iaitu aku, nor, sarah &Ali


kami berdua berlatarbelakangkan masjid Putrajaya


Istana Putrajaya kot


Aku dan Anis Sabarina, kecil2 dulu muka dia ada iras2 aku tapi dah besar dah tak lagi


Mercu kemegahan negara


Anis & Sarah, derang ni dulu kecik2 aku belai hari2 sampailah pindah ikut ayah derang...
rindu sungguh moment tu.. besar dah derang ni


Anis ni dulu masa kecik2 bila time balik keja aku tak sabar2 nak dukung dia, masa mak dia
ngandungkan Sarah dia ni selalu tido ngan aku merajuk ngan mama dia
(alaaa org mengandung macam2 peel) bijak dia ni


Satu family, Rani, Nor, Sarah, Anis, Ali & Adam


Aku rasa ni adalah satu bangunan baru kat Putrajya kot...


Perjumpaan kali ini sungguh bermakna bagi aku, merapatkan lagi silaturahim kami yg sedia ada, moga ikatan ini berpanjangan sehingga akhir hayat aku. I really have a great moments for this short visit. Thanks everybody LOL..



Tuesday, June 7, 2011

Berkebun petang-petang

Ni memang kelakar dan totally bukan Nor yg aku kenal, tapi bak kata org "people change". Tempat tinggal Nor ni namanye Desa  Pinggiran Putra  so terang2 lah siNor ni org Desa since duduk kat desa maka kawan ku yg sorang ni tiba2 berubah menjadi sangat lah organik dan menjadi rajin untuk bercucuk tanam segala pokok (sebelum ni tak pernah ambil tau pasal pokok2 ni ok). Mari kita membuat lawatan kekebun dia......

Ni pokok2 bunga di depan rumah nor..


Didepan jlan tu ler kebun dia


ni derang tengah menuai hasil iaitu serai Nor yg bertudung, bibik dan rani..

Ni pokok betik, kecik2 dah berbuah


ni delima


ni pisang emas dibawa berlayar


ni bibik dgn betik


Seronak gak ya petang2 berkebun boleh keluarkan peluh sambil tu anak2 leh bermain2 basikal, lari2 dan jerit2. Sepetang di Desa  Pinggiran.......

JALAN-JALAN DI THE CURVE & IKEA

Since aku tido diumah nor so wajibler nor layan tetamu berjalan2 kan... so kita membuat lawatan tak rami ke the curve and ikea.. hanya Ali yg berjaya mempelawa dirinye untuk dibawa bersiar2 berbanding adik beradik yg lain terpaksa mengigit jari aje... Ali sikecil mestilah lebih pandai bodek kitaorang kannnnn

lawatan pertama kesini


Nor dan sikecil Ali


Ali dgn lembu ditengah mall. Kat kg aku lembu tepi jln tak de kat Mall besar gini hahaha
lembu derang ni mesti tak der kes mati tengah jln kan


lunch time


bunga2 an





End up penat badan jer heret kaki.............

Since 1995 we be friend till now

Received some email form my friend nor said that our dear friend k.Sha will be follow her husband to Qatar by early of June. So after worked did called K.Sha for further infomation, confimed they will be leave M'sia on 08.06.2011. Next morning after some discussion with nor so end up we will do some farewell to them since both of them in Putrajaya mean I must go there. Than cari ler tiket bas from Ktn - Putrajaya, punya ler berzaman tak naik bas sampai tak tau ada tiket direct Ktn - Putrajaya (ni Bas transnational). Suruh adik belikan tiket sebab dia ada kat Bandar Ktn, Tiket kul 9.30 mlm so balik keja kelam kabut lah packing barang pas isyak terus bawa keta ambil adik kat tempat keja dia than adik hantar ke terminal bas Kuantan sampai jer bas dah ada dalam 20 minit gitu bas pun bergerak menuju ke KL. Dalam kul 2am gitu sampai terminal bas Putrajaya dijemput Nor and Husband. Punya la lama tak berjumpa Nor ni ada 2 - 3 thn kot (cop ada jumpa sekejap hujung tahun 2010).

Kita tiga org ni actually pernah berkerja disatu company yg sama diGebeng Kuantan dan Nor pindah dulu diikuti oleh K.sha dan yg setia hanya aku disini lagi.......
Tapi Nor ni lagi special sket bagi aku sebab dia ni office-mate merangkap house-mate dari dia bujang sampai ler beranak dua sebab lepas kawen di ni kerja kat Ktn, husband dia kat KL. Banyak memori dgn dia ni...... lebih2 lagi dia mengandung anak pertama dan kedua lebih banyak dgn aku berbanding dgn husband dia yg weekend husband hahhahahha


SiNor ngan anak keduanye Sarah Iman 


K.Sha yg diraikan

K.Sha bersama suami Abg. Kamal (sila abaikan tangga2 itu)


Nor dan suami Rani


Kami semua


Ni gambo lama kami in 90's - cute mute


Ni kami in 2011 - still cute mute hahahah



Banyak yg kami sembang sambil makan2 makanan yg disediakan oleh tuan rumah Nor. 2 mlm aku tido dirumah nor and besoknye keumah K.sha semlm actually kitaorang punya farewell dua kali, sekali kat umah nor and mlm esoknye sambung dirumah k.sha sebelum aku balik Ktn hari isnin. Selamat jalan K.Sha esok 08.06.2011 dia sekeluarga akan berangkat ke Qatar moga selamat dalam perjalanan dan kalu ada keizinan dari NYA kita akan bertemu lagi............. Terima kasih atas segalanye nor & k.sha, ada memori yg pernah hadir dalam hidup ku.