Friday, April 15, 2011

MATA oh mata

Sesuatu keindahan, kecantikan dan warna-warni hanya lah dapat dilihat melalui mata, kalu mata rabun kita akan dapat melihat dengan jelas apabila kita memakai cermin mata, kanta sentuh dan sekarang melalui kaedah lasik, tahun lepas aku telahpun membuat pembedahan lasik ini dan pada jumaat lepas 08.04.2011 adalah temujanji aku yg keenam bersama Doktor Khairidzan Mohd Kamal di UIA Kuantan.


Klinik mata di UIA yg baru direnovate rasanya. Ini masa Jumaat lepas


Ini pun Jumaat lepas, saja ambil gambo ini sebab nak letak kat sini



Ini tahun lepas, buat pemeriksaan yang terakhir sebelum menjalani pembedahan


Ini lah pakar matanye, Dr. Khairidzan (sori doc. promosi percuma ye)


Ini tangan sudah ditag, saat2 akhir sebelum pembedahan


Pose terakhir bersama kaca mata hahhaa kelabulah plok



Sebenarnye proses untuk pembedahan ini hanya beberapa minit saja, tak silap 30 minit jer dah siap. Selepas selesai semua kena lah baring dikatil tu dalam dua jam lebih untuk pantauan dan supaya mata selesa semua, pastu boleh lah balik tapi tidak dibenarkan memandu sendiri selama seminggu sebab mata akan rasa silau sket dan lapisan mata yg dipotong belum bercantum sepenuhnye. Selepas itu doc suruh balik rest tak boleh tgk TV, komputer semua tapi aku leh lagi g melawat member yg eksiden lagi hahhha dalam mata berair2 menitis air mata tak henti2 hehhhee.. Esoknye kene check lagi untuk pastikan tiada jangkitan kuman...... dan selepas 2 hari aku dah drive balik Pekan, hehhhee under own risk lah kan

3 comments:

  1. salam,

    Berminat pasal pembedahan lasik ni. Kalau tidak menjadi keberatan, boleh citer lebih lanjut tak? harga? contact no clinic & dll...

    email saya : achiq714@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam,, boleh bagi contact number tempt ni x? anak sedara saya ada masalah mata..
    boleh email ke ejasobb@yahoo.com. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Boleh bg contact no?...email kat azrol81@gmail.com

    ReplyDelete